Jumaat, 30 November 2012

SET BERSALIN

SET BERSALIN D'HERBS

SET BERSALIN MAK BIDAN


Set Bersalin Lengkap Mak Bidan keluaran D’Herbs mengandungi :
  1. Pati Herba Mak Bidan
  2. Pilis & Param Mak Bidan
  3. Krim Panas Mak Bidan
  4. Kapsul Jamu Mak Bidan
  5. Minyak Telon
  6. Tungku Herba Mak Bidan
  7. Perawan Herba Herbal Wash


HARGA PROMOSI RM130.00
HARGA PASARAN RM199.00

Pati Herba Mak Bidan
  • Menambah tenaga & memberi kesegaran selepas melalui proses bersalin memulihkan & meyihatkan rahim serta dapat menyembuhkan luka jahitan.
  1. Diambil mulai hari pertama sehingga hari ke 20 selepas bersalin 1 sudu pagi & 1 sudu petang selepas mkn.
Pilis & Param Mak Bidan
  • Dibuat daripada herba-herba terbaik bagi membuang angin dalam badan serta mencantikkan kulit dan memanaskan badan & digunakan sebagai lulur untuk membersihkan kulit badan. Boleh digunakan di bahagian dahi bagi menyejukkan mata & kepala dan mengelakkan pening kepala Didatangkan dalam bentuk cecair yang memudahkan penggunaan&tidak perlu dibancuh lagi.
  1. Cara penggunaan – digunakan selepas menggunakan krim panas Mak Bidan Sapu di seluruh badan dan di dahi (kecuali payudara & perut).
Krim panas Mak Bidan
  • Dapat mengeluarkan angin dalam badan & memanaskan badan. Membakar lemak serta melangsingkan badan juga mengurangkan selulit, senggugut serta mencantikkan kulit.
  1. Cara penggunaan – digunakan sebagai krim urutan selepas bersalin, sapukan di seluruh badan terutama di bahagian perut sebelum memakai bengkung seterusnya di bahagian peha, punggung & lengan bagi tujuan mengurangkan selulit & membakar lemak (jangan sapu di bahagian payudara bagi wanita yang menyusukan bayi)
Kapsul Jamu Mak Bidan
  • Merapatkan otot vagina, serta mengecutkan rahim, dalam masa sama ianya juga dapat melangsingkan badan & menambahkan tenaga serta menyihatkan badan.
  1. Arahan pemakanan – ambil 1 biji 3 kali sehari mulai hari ke 21-40 selepas bersalin. Banyakkan minum air suam .
Minyak Telon
  • Digunakan untuk mengatasi masalah perut kembung & menghangatkan tubuh bayi.
  1. Cara penggunaan – sapu di bahagian perut, dada, belakang badan, tapak kaki bayi selepas mandi.
Tungku Herba Mak Bidan
  • Digunakan untuk mengecutkan peranakan, melancarkan perjalanan darah dan membuang angin serta dapat membuang darah kotor dalam badan.
  1. Cara penggunaan – kukus tungku selama 15-20 minit sebelum digunakan.
Perawan Herbal Soap
  • Pencuci alat sulit wanita yang berfungsi untuk membersih alat sulit agar sentiasa bersih & segar sepanjang hari.
  1. Cara penggunaan – titisan perawan herbal wash pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih. Bilas sehingga bersih.




SET BERSALIN ATIKA BEAUTY

SET BERSALIN 9 IN 1



HARGA PROMOSI RM195.00
PASARAN RM300.00

Set Bersalin  Atika Beauty merangkumi produk penjagaan kesihatan dalaman bagi ibu-ibu sebaik sahaja melahirkan cahaya mata. Ia bukan sahaja membantu memulihkan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin malah mengembalikan kesegaran dan kecerian pada tubuh dan wajah.

Kandungan Set Bersalin  Atika Beauty

  1. Jamu Bersalin 1 300 biji.
  2. Jamu Bersalin 2 300biji.
  3. Teh Herba Tampang 10 paket.
  4. Minyak Herba 100ml.
  5. Minyak Bayi 100ml.
  6. Rempah Pembersih Wanita.
  7. Param.
  8. Tapal.
  9. Pilis.

Khasiat & Cara Guna Produk Yang Terdapat Dalam Set Bersalin  Atika Beauty

Jamu Bersalin 1
  • Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.
  • Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.
Jamu Bersalin 2
  • Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.
  • Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.
Teh Herba Tampang
  • Sebagai minuman selepas bersalin.
  • Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.
Minyak Herba
  • Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.
Minyak Bayi
  • Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.
Rempah Pembersih Wanita
  • Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.
  • Cara Penggunaan :
    1. Gunakan produk ini 2 kali sehari.
    2. Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali.
    3. Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit.
    4. Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat.
    5. Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam.
    6. Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk.
    7. Buang larutan itu selepas digunakan.
Param
  • Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.
  • Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.
Tapal
  • Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.
  • Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan Bengkung Atika Beauty.
Pilis
  • Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.
  • Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.




SET BERSALIN SALINDAH

SET BERSALIN SALINDAH


HARGA PROMOSI RM290.00
PASARAN RM370.00

“Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang”
Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung,
kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.Set Bersalin Salindah adalah penyelesaiannya dan sesuai untuk semua wanita hamil.

 Khasiat Set Bersalin Salindah Era Edar

  • Membekalkan zat besi mudah serap ke dalam edaran darah dan mudah serap ke dalam sel-sel badan seterusnya menguatkan badan, melancar aliran darah, mengurangkan risiko keguguran, mengurangkan mabuk dan muntah, mencegah simpul biawak (atau varikos vena).
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia seterusnya membekalkan zat untuk pembentukan tulang, saraf dan otak, di samping membantu penghadaman ibu.
  • Membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran bayinya.
  • Menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan, menguatkan otot rahim (uterus) untuk menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin, dan memulihkan alat peranakan selepas bersalin.

 Kandungan Set Bersalin Era Edar

  1. Biokimia
  2. Homopati
  3. Herbalisma

CARA GUNA ; 

B1 – Mulai seawal kehamillan
  1. Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu dan menambah darah bagi orang yang pucat.
  2. Bersifat Biokimia
  3. Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 12 (bulan 3)
B2 – Mulai minggu ke 24 hamil
  1. Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan.
  2. Menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.
  3. Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
  4. Bersifat Biokimia
  5. Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 24 (bulan 6)
B3 – Mulai minggu ke 28 hamil
  1. Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis.
  2. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
  3. Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur dan pelupa malas
  4. Bersifat Biokimia
  5. Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 28 (bulan 7)
B4 – Mulai 4 minggu sebelum jangka bersalin
  1. Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan.
  2. Memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
  3. Membantu wanita mengatasi masalah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
  4. Bersifat Homopati. Elakkan pengambilan minuman berkafina (kopi, nescafe, teh) dan minuman bergas. Jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja
  5. Ambil 1biji sehari mulai 4 minggu (1 bulan) sebelum dijangka bersalin.
B5 – Mulai 2 minggu sebelum jangka bersalin
  1. Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
  2. Bersifat Biokimia
  3. Ambil 2biji 3 kali sehari mulai 2 minggu sebelum dijangka bersalin
B6 – Mulai 1 minggu sebelum jangka bersalin
  1. Khasiat : Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.
  2. Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan dan memulas dalam perut.
  3. Bersifat Homopati. Elakkan pengambilan minuman berkafina (kopi, nescafe, teh) dan minuman bergas. Jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja
  4. Ambil 1biji sehari mulai 1 minggu sebelum dijangka bersalin1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)
L7 – Guna selepas bersalin-cecair
  1. Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan. Ia juga dibuat basuhan dan kompres.
  2. Bersifat Herbalisma
  3. Penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
L8 – Mulai 5 jam selepas bersalin
  1. Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala. Boleh juga merawat bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah dan darah hidung
  2. Ambil 1biji 1 jam mulai 5 jam selepas bersalin
L9 – Mulai hari ke 2 selepas bersalin
  1. Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.
  2. Boleh juga merawat lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.
  3. Ambil 1biji 4kali sehari mulai dari hari ke 2 bersalin
L10 – Mulai hari ke 6 selepas bersalin
  1. Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru. Boleh juga merawat Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.
  2. Ambil 2 biji 3 kali sehari mulai dari hari ke 6 bersalin
L11 – Mulai hari ke 7 selepas bersalin
  1. Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Melenakan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan. Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga
  2. Bersifat Herbalisma
  3. Diminum 2 sudu besar 3 kali sehari mulai dari hari ke 7 bersalin sebelum makan.
L12 – Mulai hari ke 21 selepas bersalin
  1. Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran
  2. Ambil 2 biji 2 kali sehari mulai dari hari ke 21 bersalin
Tambahan:
Setiap set Salindah lengkap akan disertakan bersama-sama dengan sebuah buku peraturan pengunaan yang lengkap. Antara isi kandungan buku ini ialah :
  1. Rancangan pemakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil sehingga lepas pantang
  2. Rajah perkembangan bayi dari bulan ke bulan
  3. Khasiat dan panduan penggunaan Salindah
  4. Rancangan penjagaan kesihatan
  5. Tip dan Senaman Untuk Ibu Hamil
Perhatian :
  1. Elakkan minuman berkafein (Kopi,nescafe dan teh) dan bergas.
  2. Jangan dipegang ubat,gunakan sudu plastik atau tudung botol ubat saja.




HARGA PROMOSI RM270.00
HARGA PASARAN RM370.00



JAMU MAK DARA

SET BERSALIN IBU HALIMAH


HARGA PROMOSI RM260.00
HARGA PASARAN RM350.00

Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu. Set ini adalah lengkap untuk penggunaan 44 hari tempoh berpantang.

Kandungan Set Bersalin Ibu Halimah

  1. Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram
  2. Jamu Mak Dara (Kapsul) 2 botol 60 biji kapsul
  3. Losyen Param Ibu Halimah 1 botol 120 ml
  4. Pilis 1 bekas 200 gram
  5. Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram
  6. Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram
  7. Bengkung 1 helai
  8. Tungku Kukus Berherba 1 unit

Jamu Mak Dara

Jamu Mak Dara adalah satu produk herba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semuladi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini memberikan kebaikan pada tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tubuh.
Khasiat Jamu Mak Dara
Ia membuang toksik dalam badan, menyuburkan rahim, mengatasi masalah keputihan, merapatkan faraj, menambahkan nafsu syahwat, mengembalikan tenaga, memperbaiki sistem kitaran haid, membuang angin, membakar lemak, menurunkan berat badan, mengatasi masalah bau badan, sakit pinggang dan lemah badan serta berfungsi sebagai awet muda.
Pemakanan dan pengamalan Jamu Mak Dara secara teratur dan konsisten menggalakkan kesihatan dalaman wanita sehingga terpancar keluaran tubuh wanita.
Cara Guna Produk Jamu Mak Dara (Serbuk)
  1. Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara(serbuk) ke dalam setengah cawan air panas.
  2. Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara.
  3. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.
  4. Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara. Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu.
  5. Banyakkan minum air suam ketika berpantang.
  6. Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.
Cara Guna Produk Jamu Mak Dara (Kapsul)
  1. Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan.
  2. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum , buah kundur dan lain lain ketika berpantang.
  3. Juga elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seboleh bolehnya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh.

Losyen Ibu Halimah

Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.
Cara Guna Losyen Ibu Halimah
Di gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutamanya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

Pilis

Pilis di gunakan untuk melegakan sakit-sakit di bahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yagn biasa dialami ibu ibu baru lepas bersalin.
Cara Guna Pilis
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.

Bedak Sejuk

Bedak sejuk di gunakan untuk menghilangkan ruam pada muka dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.
Cara Guna Bedak sejuk
  1. Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes.
  2. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam.
  3. Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu.
  4. Seelok-eloknya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.

Rempah Mandi

Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.

Cara Guna Rempah Mandi

  1. Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.
  2. Ambil 3 cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian).
  3.  Mandi menggunakan air rempah secukupnya.
  4. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru.
  5. Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.

Bengkung

Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.
Cara Guna Bengkung
  1. Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.
  2. Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.
  3. Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.
  4. Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.
  5. Adalah di nasihatkan kepada para ibu untung menyapu Losyen Ibu Halimah  terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut.
  6. Di sarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang. (akan di sertakan gambar setiap kali pembelian 1 set).

Tungku Kukus Herba

Tungku Kukus Herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.
Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu-ibu dalam tempoh berpantang.
Cara Guna Tungku Kukus Herba
  1. Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab.
  2. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
  3. Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya panas kemudia tuam pada bahagian yang mengalami masalah.
  4. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
  5. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

Maklumat Lain Berkenaan Set Bersalin Ibu Halimah

No Pendaftaran KKM:
  1. Jamu Mak Dara (Serbuk): MAL 08010751TC
  2. Jamu Mak Dara (Kapsul): MAL 07081636TC
  3. Losyen Ibu Halimah:  NOT 080500746K
  4. Pilis: NOT 080801652K
  5. Bedak Sejuk: NOT 080801651K



HARGA PROMOSI RM260.00
HARGA PASARAN RM350.00


LEESA FORMULA

SET IBU BERSALIN CONFINE MUM PREMIUM



HARGA PROMOSI RM285.00
HARGA PASARAN RM350.00

Set Ibu Bersalin Confine Mum Premium terhasil dari formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Mengandungi 9 produk di dalamnya sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan. Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan dan ia selamat untuk ibu menyusu bayi.

Kandungan Set Ibu Bersalin Confine Mum

  1. Tablet Haruan Complex – 50 biji
  2. Tablet Prawan – 80 biji
  3. Ginger Cream – 100g
  4. Cotet Emas Uncang – 15 uncang
  5. Body Contour Gel – 50g
  6. Bengkung Correctuer
  7. Minyak Telon – 24ml
  8. Pek Tungku Herba – 2x200g
  9. PERCUMA Beg Sandang Leesa

Tablet Haruan Complex

Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.
Tablet Haruan adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.
Khasiat Tablet Haruan Complex
  • Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang bersalin secara caesarian atau pembedahan).
  • Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
  • Mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia.
  • Boleh diambil bukan hanya untuk wanita lepas bersalin, malah oleh kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.

Tablet Prawan

Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan.
Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.
Khasiat Tablet Prawan
  • Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
  • Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
  • Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
  • Mencegah masalah meroyan.
  • Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
  • Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.

Ginger Cream

Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia. Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.
Khasiat Ginger Cream
  • Membuang angin dalam badan.
  • Mencegah angin dari memasuki badan.
  • Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
  • Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
  • Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
  • Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
  • Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
  • Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
  • Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.

Body Contour Gel

Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak dan selulit. Ia disapu sebelum berbengkung bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan selulit di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Ia tanpa bau, tiada kesan melekit serta mudah menyerap apabila di sapu.
Khasiat Body Contour Gel
  • Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
  • Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
  • Memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.

Bengkung Correctuer

Bengkung ialah sejenis kain yang digunakan secara tradisi sejak berzaman lamanya, diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin secara normal (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.
Bengkung CORRECTUER dari Leesa Formula adalah singkatan perkataan `Correct & Contour`, khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.
Khasiat Bengkung Correctuer
  • Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
  • Merampingkan kembali pinggang.
  • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  • Menaik dan membentuk kembali punggung.
  • Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.
  • Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.

Cotet Emas Uncang

Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama bagi ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin.
Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai.
Khasiat Cotet Emas Uncang
  1. Mengecutkan peranakan
  2. Memberi tenaga
  3. Menyihatkan tubuh
  4. Merapatkan kembali vagina
  5. Bersifat antiseptik dan mengurangi bau badan.

Minyak Telon

Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.
Cara Guna Minyak Telon
  1. Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.
  2. Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin.
  3. Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam.
  4. Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.

Pek Tungku Herba

Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, menggunakan beberapa ramuan herba yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik kepada semua orang, terutama ibu lepas bersalin.
Ia dalam bungkusan kain cotton mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan kapur barus. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand . Ramai mengetahui khasiat `bertungku`, tapi susah hendak dipraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku, susah untuk mencari daun tersebut, tidak tahu bagaimana mahu membalut batu tungku dan sebagainya.
Khasiat Pek Tungku Herba
  • Berfungsi sebagai `batu tungku` yang mudah, ringkas.
  • Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
  • Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.

Maklumat Lain Berkenaan Set Ibu Bersalin Confine Mum

No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia:
  1. Tablet Haruan Complex – MAL 05051136T
  2. Tablet Prawan – MAL 20020639T
  3. Ginger Cream – MAL 05012025T
  4. Body Contour Gel – MAL 04112052K
  5. Minyak Telon – MAL 05090421K

Cara Guna

Cara Penggunaan Set Ibu Bersalin Confine Mum

  1. Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
  2. Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
  3. Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
  4. Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
  5. Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
  6. Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
  7. Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
  8. Pek Tungku Herba Tuam di perut & lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
  9. Cotet Emas Uncang Minum pagi & petang atau bila-bila masa yang disukai.

HARGA PROMOSI RM285.00
HARGA PASARAN RM350.00



NOUVELLES VISAGES

SET BERSALIN NV

HARGA PROMOSI RM345.00
HARGA PASARAN RM498.00

Set bersalin Nv merangkumi produk penjagaan kesihatan dalaman untuk ibu-ibu sebaik sahaja melahirkan cahaya mata selama 44 hari. Ia bukan sahaja membantu memulihkan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin malah mengembalikan kesegaran dan kecerian pada tubuh dan wajah.

Kandungan Set Bersalin NV

  1. Jeli Gamat
  2. Minyak Aromaterapi
  3. Minyak Telon
  4. Losyen Halia
  5. Bengkung
  6. Tungku Herba
  7. Lulur
  8. Pilis
  9. Susut
  10. Ubat Periuk
  11. Pati perapat

Cara Guna

Jeli Gamat Hari Pertama – Hari ke 7
  1. 1 sudu besar dimakan 2 kali sehari iaitu pagi dan petang
Minyak Aromaterapi Hari Pertama- Hari ke 44
  1. Titiskan 5-10 titik minyak aromaterapi dan sapu keseluruhan badan atau tempat-tempat diperlukan.
Minyak Telon Hari ke 4- hari ke 44
  1. Sapu atau gosok dan urut perlahan-lahan 5-10 titis pada badan bayi.
  2. Sesuai dipakai bila-bila masa terutamanya selepas mandi dan cuaca sejuk.
Losyen Halia Hari ke 4 – Hari ke 44
  1. Sapu rata ditempat bermasalah dan urut perlahan-lahan.
  2. Untuk kesan lebih cepat sapu setiap kali sebelum tidur.Boleh digunakan sekerap yang mungkin.
Bengkung Hari ke 4 -Hari ke 44
  1. Pakai pada waktu pagi dan malam selepas mandi dan berurut.
Tungku Herba Hari ke 4- Hari ke 44
  1. Masukkan tungku herba ke dalam periuk kukus dan panaskan selama 5-15 minit.
  2. Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku pada badan.
  3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik,bertungku dibahagian badan untuk tempoh masa yang lama supaya khasiat herba dapat diserap oleh badan.
Lulur Hari ke 4- hari ke 18
  1. Titiskan beberapa titik pada tapak tangan dan sapu diseluruh badan sebelum mandi dan biarkan kering.
Pilis Hari ke 4 – hari ke 18
  1. Titiskan beberapa titik pada tapak tangan dan sapu rata pada bahagian dahi.
Susut Hari ke 4 – hari ke 22
  1. Titiskan beberapa titik pada tapak tangan dan sapu rata pada bahagian perut.
Ubat Periuk Hari ke 20 – Hari ke 29
  1. Amalkan minum selama 10 hari. 1/2 gelas pada waktu pagi dan selepas makan.
Pati Perapat Hari ke 25- Hari ke 31
  1. 1 sudu besar dimakan 2 kali sehari iatu pagi dan petang.





NONA ROGUY

RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN


HARGA PROMOSI RM245.00
HARGA PASARAN RM365.00


Herbanika Bersalin dari Nona Roguy adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.
Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.

Antara produk yang terdapat dalam Rangkaian Herbanika Bersalin:
  1. PhytoNatal 90 biji.
  2. Krim Herbanika Barut 60g.
  3. Herbanika Lulur 100g.
  4. Minyak Herbanika 100ml.
  5. Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag.
  6. Akar Herbanika 10 t-bag

PhytoNatal

Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
Khasiat PhytoNatal
  • Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan.
  • Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin.
  • Mengimbangi kembali sistem badan.
  • Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.
Cara Guna PhytoNatal
  1. Kelawasan biasa – makan 2 – 3 biji 1 kali sehari.
  2. Terlalu lawas (Sensitif) – makan 1- 2 biji 1 kali sehari.
  3. Tidak lawas (Sembelit) – makan 3 – 5 biji 1 atau 2 kali sehari.

Krim Herbanika Barut

Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
Khasiat Krim Herbanika Barut
  • Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
  • Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
  • Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang.
Cara Guna Krim Herbanika Barut
  1. Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
  2. Sapu Krim Herbanika Barut ke seluruh perut dan pinggang.
  3. Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Krim Herbanika Barut ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
  4. Pakailah bengkung.
  5. Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
  6. Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
  7. Pakai sepanjang malam.

Herbanika Lulur

Digunakan secara tradisional sebagai penyental kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, untuk kehalusan, kesihatan dan kebersihan kulit.
Khasiat Herbanika Lulur
  • Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau.
  • Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan.
  • Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik.
  • Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta urat timbul.
  • Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
Cara Guna Herbanika Lulur
  1. Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut:
  2. 1 – 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam serta sedikit air florida (supaya serbuk lulur tidak bertempek).
  3. Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.
  4. Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.

Minyak Herbanika

Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan, sakit otot dan sendi, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.
Khasiat Minyak Herbanika
  • Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot.
  • Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi.
  • Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
  • Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
  • Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan.
Cara Guna Minyak Herbanika
Bersalin secara Normal
  1. Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.
  2. Sangat mujarab digunakan untuk urut.
  3. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
Bersalin secara Pembedahan (cesarean)
  1. Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.
Bengkak payudara
  1. Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan susu.
  2. Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut. Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
  3. Bersihkan puting sebelum menyusu bayi.

Uncang Cuci Herbanika

Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.
Khasiat Uncang Cuci Herbanika
  • Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
  • Sesuai untuk masalah buasir , hydroterapi dan compress.
Cara Guna Uncang Cuci Herbanika
  1. Rendam 2 Uncang Cuci Herbanika dalam 1/2 liter air panas mendidih.
  2. Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.
  3. Boleh memasukkan 2 sudu besar garam ke dalam air herba.
  4. Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit.
  5. Guna airnya untuk mencebok atau menggunakan kapas untuk mencuci alat peribadi wanita.
  6. Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.

Akar Herbanika

Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.
Khasiat Akar Herbanika
  • Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
  • Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
  • Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.
Cara Guna Akar Herbanika
  1. Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba.
  2. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga.
  3. Minum suam panas 3 – 4 cawan sehari.
  4. Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
  5. Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
  6. Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
  7. Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.

Maklumat Lain Berkenaan Rangkaian Herbanika Bersalin

No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia:
  1. PhytoNatal (MAL 05090043T)
  2. Krim Herbanika Barut (MAL 20014436T)
  3. Herbanika Lulur (MAL 19985761T)
  4. Minyak Herbanika (MAL 19985762T)
  5. Uncang Cuci Herbanika (MAL19985763T)
  6. Akar Herbanika MAL19972865T)




































Animation